Selamat datang ke panduan pengguna E-Sentral! Dalam panduan ini, kami akan menerangkan mengenai produk, standard, perlindungan hak cipta dan kebolehpindahan kandungan di dalam peranti lain.
- S Apa itu eBuku (eBook)?
J eBuku ialah buku digital di dalam format digital. Dengan E-Sentral, anda boleh membaca eBook anda menggunakan telefon pintar, tablet, dan desktop. EBuku ini hanya terdapat dalam format EPUB sahaja - S Adakah E-Sentral menjual sebarang buku dalam bentuk buku bercetak/ fizikal?
J Tidak. E-Sentral hanya membekalkan buku elektronik sahaja (eBook). - S Adakah kami menjual eBuku dalam format Word?
J Tidak. E-Sentral hanya membekalkan eBuku dalam standard EPUB sahaja. - S CBolehkah saya membaca eBuku yang dibeli di E-Sentral di dalam aplikasi pembaca ketiga seperti Amazon Kindle?
- J Tidak. Fail EPUB dari E-Sentral hanya boleh dibaca menggunakan aplikasi pembaca E-Sentral yang boelh dimuat turun dari Appstore atau Google Playstore. Aplikasi pembaca ini hanya terdapat bagi iOS 8.0 dan ke atas , Android 4.0 dan ke atas dan Windows 8.1 dan ke atas.
- S Mengapa pembelian eBuku di E-Sentral tidak memerlukan alamat bagi penghantaran? Bilakah saya akan menerima eBuku yang dibeli?
J E-Sentral menjual buku digital, di mana ia tidak memerlukan sebarang penghantaran fizikal. Selepas transaksi pembayaran anda berjaya, sistem kami akan memasukkan eBuku anda ke dalam akaun yang telah didaftarkan semasa pembayaran secara automatik. . - S Bolehkah saya membuat pembayaran menggunakan (CDM/ATM) kepada E-Sentral? Saya tidak mempunyai sebarang kad debit/kredit.
J Tidak, kami hanya menerima pembayaran secara atas talian menggunakan payment gateway yang ada di dalam laman web kami
Comments
3 comments
Tak bole baca buku selepas beli 2 kali kene cam ni bosan laaa duit terima tapi xdpt baca..melayang duit rm38
Dh download, tapi xblh log in sebab allowed device limits, cmne ni???rugi la x blh baca
Cm mana nak logout/deactive dr devices lain ye? Padahal sume dah log out.. now xleh nak masuk apps..
Please sign in to leave a comment.